Call Us: +604-9284641 Universiti Utara Malaysia
UNIUTAMA EDUCATION AND CONSULTANCY SDN. BHD.

JAWATAN KOSONG

Bagi pengguna baru, anda hendaklah mendaftar sebelum memohon sebarang jawatan yang diiklankan.

Berikut adalah syarat-syarat yang PERLU dipatuhi sebelum menggunakan Sistem Permohonan Jawatan Kosong UUM.

SYARAT PENDAFTARAN

Sebelum mendaftar sebagai pengguna, anda hendaklah membaca dan memahami keseluruhan syarat-syarat penyertaan di bawah.

  • Seorang individu hanya boleh mendaftar SATU (1) Login sahaja.
  • Penyertaan terbuka kepada semua individu yang berumur di antara 18 dan ke atas.
  • Pendaftaran ini adalah sebagai pengguna halaman Sistem Permohonan Jawatan Kosong UUM dan halaman-halaman web berkaitan dengannya.
  • Pendaftaran ini bertujuan untuk membolehkan anda memohon jawatan di UUM, mengemaskini maklumat permohonan dan memaparkan maklumat permohonan anda.
  • Pastikan maklumat yang diberikan adalah BENAR dan sekiranya maklumat itu didapati palsu, permohonan anda akan DIBATALKAN dan jika anda telah ditawarkan jawatan, perkhidmatan anda akan DITAMATKAN serta-merta dan anda boleh dikenakan TINDAKAN undang-undang.
  • Sila pastikan maklumat pada borang permohonan anda adalah BENAR. Di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan-1989), seseorang permohon yang memberi palsu atau mengelirukan dalam borang permohonan jika disabitkan boleh dihukum penjara 2 TAHUN atau denda dua ribu Ringgit Malaysia atau kedua-duanya sekali.
  • Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan boleh membuat permohonan secara ‘online’ selaras dengan Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2004: Permohonan Jawatan Secara Online Oleh Pegawai Sedang Berkhidmat.

Tatacara penggunaan Sistem Permohonan Jawatan Kosong UUM bagi pengguna yang belum berdaftar:

1. Anda perlu mendaftar untuk memohon jawatan di UUM (Klik sini untuk mendaftar)

2. Log masuk ke Sistem Permohonan Jawatan Kosong UUM (Klik sini untuk log masuk)

3. Sila penuhkan maklumat peribadi, akademik, pengalaman dan lain-lain mengikut menu yang disediakan.

Bagi pengguna yang telah mempunyai login ke Sistem Permohonan Jawatan Kosong UUM hendaklah terlebih dahulu log masuk sebelum membuat sebarang permohonan jawatan.

Tatacara penggunaan Sistem Permohonan Jawatan Kosong UUM bagi pengguna yang telah berdaftar:

1. Log masuk ke Sistem Permohonan Jawatan Kosong UUM (Klik sini untuk log masuk)

2. Sila penuhkan maklumat peribadi, akademik, pengalaman dan lain-lain mengikut menu yang disediakan.